expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Selasa, 30 April 2013

susah senang bercinta

Hari yang sungguh tenang,mendengar burung2 berkicauan...subhanallah indahnya segala kejadiannya tanpa ada sebarang cacat cela...tetapi belum tentu manusia dapat hidup dengan tenang...agaknya nikmat yang Allah beri tidak dimanfaatkan dengan baik...ana begitu risau dengan umat akhir zaman kerana berlaku maksiat dimana2 tanpa rasa malu...Allahu..apakah yang mereka fikirkan??

       Bicara tentang dunia seperti sudah tiada akhirat baginya....kemanakah iman kita??..kenapa perlu manusia menolak hukum Allah sedangkan lahirnya dia seorang islam??..."Nanti2 la aku solat,awal lagi"adakah mahu ajal dijemput terlebih dahulu..??

  Mesti ada yang berfikir.."la tulis tajuk SUSAH SENANG BERCINTA tapi kenapa tulis pasal lain,malas la nak baca"...cuba sahabat2 fikir kenapa ana tulis sebegitu...kerana ana nak kongsi kan ilmu,bertukar pendapat...bila tentang CINTA semua benda nak diselidik..adakah CINTA itu hanya untuk manusia??...saya berbicara tentang hubungan cinta kita kepada Allah...kerana mungkin hati kita semakin jauh dari Allah,siapa lagi yang mahu kejutkan kita dari lena dunia ini kalau bukan SEORANG KHALIFAH,PEMUDA PEMUDI ISLAM...

wahai sahabat seperjuangan jadilah kita seorang remaja yang dikagumi Allah,bukan manusia...tidak kah terfikir balasannya syurga yang dijanjikan untuk orang-orang beriman..??

SABDA RASULULLAH SAW,maksudnya:
       Allah merasa takjub kepada pemuda yang tiada baginya rindu yang cenderung kepada kebodohan.
                                                                                                                              (Riwayat Ahmad)

Biar dimata manusia kita sering dihina,dimata Allah kitalah permata ISLAM...biarpun kita belum istiqomah dalam perjuangan,sekurang2 nya mencuba lebih baik...kerana dengan mencuba ia mengajar kita perlahan2 untuk beristiqomah..

Kepada golongan wanita bakal bidadari syurga,menutup aurat adalah WAJIB..."ok apa aku pakai tudung macam ni(tudung singkat tidak menutupi dada)sekurang2 nya aku tutp aurat dari tak pakai langsung ..."
sampai bila nak labuhkan??...mahu tunggu agama islam hancur,difitnah disebabkan kita yang degil ???

Begitu juga kaum lelaki,jangan ambil mudah dalam soal menutup aurat....memakai seluar ketat kononnya mahu menjadi seperti artis korea,,,memakai seluar pendek yang menampakkan lutut,dikatakan perkara biasa...

~*ana hanya insan biasa,biarpun diri ini banyak dosa,,,ana harap dapat menjadi pedoman buat insan2 yang sudi membacanya....kadang2 apa yang kita pinta diatas dunia ni tidak dapat dikecapi kerana mahu memenuhi tuntutan Allah,tapi ingatlah dengan kesabaran yang kita ada....semua yang kita impikan,Allah akan beri..kerana adanya SYURGA*~

(sesiapa yang tidak setuju,mungkin dia adalh dari golongan itu juga...ana minta maaf kalau terkasar bahasa,hanya mahu yang terbaik buat teman2...)


Firman Allah,maksudnya:
Dan (ingatlah) tatakala Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".( surah Ibrahim : 7 )

JOM BERUBAH!!!


Black Moustache
Widget-Animasi-Blog
In Team - Doa Seorang Kekasih