expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Isnin, 27 Mei 2013

Merenung setiap dosa yang ku lakukan


Assalamualaikum...

         Bagaimana iman kita hari ini?....tanya saja pada diri kita apa yang telah kita lakukan..soal yang sangat ringkas namun belum tentu seorang manusia mampu menjawab dengan gembira...kenapa?,,setiap apa yang kita lakukan lebih banyak tersasar jauh dari jalan Allah...

Pernah terdetik dihati yang hina ini,berapa banyak jasa yang telah ana lakukan kepada agama Islam??...sedangkan sebelum dilahirnya manusia ke bumi telah berjanji akan sentiasa taat dan patuh.....sungguh!!..ana mungkir janji,ya Allah...bagaimana keadaan ana,tempat ana disana kelak...bahagia atau derita.....sedangkan derita didunia tidak sanggup berhadapan....inikan pula di sana..

TanpaMu ku bukanlah seorang manusia yang boleh menikmati segala nikmat yang Engkau berikan...

Ya Allah,ampunkanku kerana selama ini fikiranku lebih kepada duniawi sedangkan akhirat menanti...walaupun hati ini sentiasa memerlukan seorang pedamping...ku tetap tabah menunggu yang terbaik hanya dariMu..sehebat mana ku berbicara soal dunia,hebat lagi pembicaraanMu diakhirat kelak,,menghitung amalanku...dan nasibku disana..

~*Dan ( Allah menerima pula taubat) tiga orang yang ditangguhkan (penerimaan taubat mereka) hingga apabila bumi yang luas ini (terasa) sempit kepada mereka (kerana mereka dipulaukan) dan hati mereka pula menjadi sempit (kerana menanggung dukacita), serta mereka yakin bahawa tidak ada tempat untuk mereka lari dari (kemurkaan) Allah melainkan (kembali bertaubat) kepadaNya; kemudian Allah (memberi taufiq serta) menerima taubat mereka supaya mereka kekal bertaubat. Sesungguhnya Allah Dialah Penerima taubat lagi Maha Mengasihani.

~*Sesungguhnya penerimaan taubat itu disanggup oleh Allah hanya bagi orang-orang yang melakukan kejahatan disebabkan (sifat) kejahilan kemudian mereka segera bertaubat, maka (dengan adanya dua sebab itu) mereka diterima Allah taubatnya; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.


=*jom sama-sama kita mencari jalan yang diredhai Allah....biarlah coretan ini menjadi pengubah haluan kita walaupun sedikit...untuk diri sendiri dan juga pembaca yang dirahmati Allah...*=



Jumaat, 3 Mei 2013

adik-adik


Assalamualaikum....atas permintaan adik-adik kesayangan....ana buat ni khas untuk adik-adik ana yang tersayang...dalam persahabatan mereka banyak dugaan tapi diorang tetap tak putus asa menjadi kawan yang akrab.... 









setakat ini ana boleh sediakan untuk adik-adik ana,ana rindu diorang kalau dulu boleh bergurau senda tetapi sekarang segala2 nya dah berubah,mybe sebab ana dah tak duduk asrama..but still ingat kat adik-adik..belajar sungguh2,insyaALLAH menjadi antara insan yang dipandang tinggi oleh Allah kerana menegakkan agama Allah...

~*ya ALLAH,peliharalah mereka,permudahkan urusan mereka,KAU satu kanlah hati2  mereka dengan orang2 yang beriman,,berilah ketenangan kepada mereka,bawalah mereka kejalan yang lurus....AMIN..^^

Selasa, 30 April 2013

susah senang bercinta

Hari yang sungguh tenang,mendengar burung2 berkicauan...subhanallah indahnya segala kejadiannya tanpa ada sebarang cacat cela...tetapi belum tentu manusia dapat hidup dengan tenang...agaknya nikmat yang Allah beri tidak dimanfaatkan dengan baik...ana begitu risau dengan umat akhir zaman kerana berlaku maksiat dimana2 tanpa rasa malu...Allahu..apakah yang mereka fikirkan??

       Bicara tentang dunia seperti sudah tiada akhirat baginya....kemanakah iman kita??..kenapa perlu manusia menolak hukum Allah sedangkan lahirnya dia seorang islam??..."Nanti2 la aku solat,awal lagi"adakah mahu ajal dijemput terlebih dahulu..??

  Mesti ada yang berfikir.."la tulis tajuk SUSAH SENANG BERCINTA tapi kenapa tulis pasal lain,malas la nak baca"...cuba sahabat2 fikir kenapa ana tulis sebegitu...kerana ana nak kongsi kan ilmu,bertukar pendapat...bila tentang CINTA semua benda nak diselidik..adakah CINTA itu hanya untuk manusia??...saya berbicara tentang hubungan cinta kita kepada Allah...kerana mungkin hati kita semakin jauh dari Allah,siapa lagi yang mahu kejutkan kita dari lena dunia ini kalau bukan SEORANG KHALIFAH,PEMUDA PEMUDI ISLAM...

wahai sahabat seperjuangan jadilah kita seorang remaja yang dikagumi Allah,bukan manusia...tidak kah terfikir balasannya syurga yang dijanjikan untuk orang-orang beriman..??

SABDA RASULULLAH SAW,maksudnya:
       Allah merasa takjub kepada pemuda yang tiada baginya rindu yang cenderung kepada kebodohan.
                                                                                                                              (Riwayat Ahmad)

Biar dimata manusia kita sering dihina,dimata Allah kitalah permata ISLAM...biarpun kita belum istiqomah dalam perjuangan,sekurang2 nya mencuba lebih baik...kerana dengan mencuba ia mengajar kita perlahan2 untuk beristiqomah..

Kepada golongan wanita bakal bidadari syurga,menutup aurat adalah WAJIB..."ok apa aku pakai tudung macam ni(tudung singkat tidak menutupi dada)sekurang2 nya aku tutp aurat dari tak pakai langsung ..."
sampai bila nak labuhkan??...mahu tunggu agama islam hancur,difitnah disebabkan kita yang degil ???

Begitu juga kaum lelaki,jangan ambil mudah dalam soal menutup aurat....memakai seluar ketat kononnya mahu menjadi seperti artis korea,,,memakai seluar pendek yang menampakkan lutut,dikatakan perkara biasa...

~*ana hanya insan biasa,biarpun diri ini banyak dosa,,,ana harap dapat menjadi pedoman buat insan2 yang sudi membacanya....kadang2 apa yang kita pinta diatas dunia ni tidak dapat dikecapi kerana mahu memenuhi tuntutan Allah,tapi ingatlah dengan kesabaran yang kita ada....semua yang kita impikan,Allah akan beri..kerana adanya SYURGA*~

(sesiapa yang tidak setuju,mungkin dia adalh dari golongan itu juga...ana minta maaf kalau terkasar bahasa,hanya mahu yang terbaik buat teman2...)


Firman Allah,maksudnya:
Dan (ingatlah) tatakala Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".( surah Ibrahim : 7 )

JOM BERUBAH!!!


Jumaat, 22 Mac 2013

Aku mahu berubah!!!

Assalamualaikum...
.kali ini ana nak kongsi detik2 perubahan ana...sebagai pedoman untuk semua...walaupun ana sekolah agama belum tentu boleh jadi yang terbaik didepan ALLAH....waktu ana form 3..ana teringin nak pakai niqab..ana bagitahu mak..mak cakap"kalau dengan perangai hang cam ni,baik tak payah...orang pakai niqab ni perangai  baik2".....dari percakapan mak memang membuat ana tersinggung..tpi ada betul apa yang dicakapkan oleh mak...

Ana putus harapan untuk berniqab,,,masih dengan tudung bawal....
 waktu ana form 4....ana ditegur oleh ayah ana sendiri"kakak,pakai tudung tu(bawal) jarang la nampak leher dan rambut"ana tersentap dengar ayah ana cakap begitu...rasa malu yang teramat sangat,walaupun dia ayah ana...

Alhamdulillah...segala puji bagi Allah.....ana selalu on9 facebook...tiba2 terbaca status sahabat..."kalau kita biarkan aurat kita terbuka,samalah seperti kita membiar bapa kita ke neraka atas kecelakaan kita sendiri"...
Allahhu....hanya Allah yang tahu...start dari itu....ana mula mahu berubah memakai tudung labuh....niat dihati memang dah lama untuk bertudung labuh....ana berjanji dengan sahabat rapat ana untuk sama2 berubah...tetapi ana dah tak sanggup tunggu kerana janji itu semakin pudar....ana mengambil keputusan untuk melakukan berubahan sendiri...terdetik dihati ana"perlu ke aku berubah kena ada kawan??"...

start form 5....ana mula memakai tudung labuh yang selalu ana pakai di asrama...tetapi waktu bulan 2,ana keluar dari asrama atas sebab tertentu...hati ana mula risau..bolehkah aku???....kuatkah aku???....ALHAMDULILLAH....ana berjaya beristiqomah..sebenarnya saudara ana......semuanya bukan bertudung labuh..or purdah..perlu kekuatan untuk menyesuaikan diri...ana tak nak menyusahkan parents ana...ana kumpul duit sekolah yang parents bagi untuk beli kain dan buat sendiri tudung labuh....Syukur,,,hari pertama keluar dengan keluarga...ayah ana terkejut dengan pemakaian ana ...alangkah gembiranya waktu itu...ayah ana tersenyum tanda gembira....

Kesimpulannya:menutup aurat itu indah,,,membuka aurat itu mudah...^^

Doakan ana supaya suatu hari nnti ana berniqab pula....

ILMU UNTUK DIKONGSI....

-"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah)
-"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." (Riwayat Bukhari dan Muslim). 
-"Hai nabi-nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al Ahzab : 59).


Rabu, 6 Februari 2013

hadiah dari parents

Assalamualaikum....

          Alhamdulillah..syukur ke hadrat Ilahi,,,,,seronok sangat hari ni,,,,,dapat hadiah dari parents....walaupun birthday ana lambat lagi....pada mulanya memang tak nak moto skuter tapi...fikir2 balik,,,ambik jew la....rezeki....pesan ayah n mak"kakak,belajar sungguh2 tau....ayah bagi moto ni untuk semangat kakak nak belajar....jangan hampakan harapan ayah n mak"......terasa berat,,bila dengar pesanan tu,,,sebagai anak pertama kena belajar sungguh2 n capai kejayaan sebab nanti nak jadi contoh untuk adik.....masa ayah bagitau nak dapat moto....ana baru rasa diri ana dihargai......maklumlah,,,anak first jadi keutamaan yang kedua....susah nak dapat apa yang ana nak....harap sangat dapat tunaikan permintaan parents..........kawan2 doa yew untuk kejayaan ana......SPM 9A+...chaiyyoookkk!!

Ahad, 27 Januari 2013

lagu kem kepimpinan............


Assalamualaikum.....
suka sangat pertama kali dengar lagu nie....walaupun ianya lagu korea tapi lirik lagu dia sangat bermakna...
dengar lagu korea memberi banyak impak besar dalam hidup ana...terutama,dari segi kosa kata.....dulu kalau sebut jew korea,,,,analah orang first menyebok...sbb terlalu fanatik...Alhamdulillah.,,,start tahun lepas ana tak ambik kisah sangat sbb nak SMRA,,,perlukan hafalan yang banyak...klu dengar lagu korea....arrr..hilang apa yang dihafal....tapi satu jew nak cakap"ambil yang jernih,buang yang keruh"...nak meminati korea boleh,,,tapi jangan terlalu fanatik sehingga akidah terpesong...^^

Sabtu, 26 Januari 2013

Dugaan dari Allah

                                                          

               Dugaan dari Allah,entah boleh balik ke tidak ke asrama... urat mata makin sakit...takut nak check mata kat doktor,nanti mesti kena tambah power cermin mata...hurm..tapi Alhamdulillah,,,mata tak juling lagi,,,huhuhu....still boleh tulis blog...siap edit gambar lagi....ibubapa ana mybe sibuk n letih...sbb 2,ana bagitau..ana sakit mata,diorang tak kisah...takpe,,tekad dalam hati"fikir positif,,,,ana dah besar,sakit sikit je....buat pa nak susahkan parents...hal kecil,boleh uruskan sendiri".....
Sabda Rasulullah s.a.w:
                               
  "  Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya"
                                                                                                   (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

sambutan maulidur rasul


Assalamualaikum....

                  Usai membaca Yassin,Tahlil & solat sunat Dhuha berjemaah di sabk(al-masriyah)....Sambutan maulidur Rasul berjalan dengan lancar...walaupun hujan rahmat menemani perarakkan kami....kehadiran penceramah yang amat dikagumi,,,,beliau menceritakan pngalaman beliau menganuti pelbagai agama bertujuan mencari kebenaran"Siapakah tuhan yang sebenarnya??"...Dari menganuti agama hindu,buddha,satu lagi agama tetapi tidak ingat,kristian.....dan sekarang,ALHAMDULILLAH...dgn berkat hidayah yang diberi oleh ALLAH s.w.t...Beliau sekarang telah genap 8 tahun menganuti agama ISLAM,AGAMA YANG INDAH.....subhanallah,kekuasaan Allah s.w.t. mengatasi segala2 nya....teringat kata2nya"Hari ini ramai orang ISLAM yang berilmu,belajar hingga ke Tanah Arab tetapi segelintir sahaja yang mahu berhadapan dan berhujah dengan mereka2 yang tidak tahu tentang keindahan Islam(orang bukan Islam)"....Alangkah indahnya jika Umat ISLAM bersatu menepis hal2 kemaksiatan......lihatlah hari ini,orang ISLAM atas dasar nama,bukannya pegangan,,,,ALLAHUAKHBAR.....

p/s:BANGKITLAH WAHAI REMAJA DARI KEASYIKKAN DUNIA

Rasulullah saw bersabda: “ Tidak akan melangkah seorang hamba pada hari akhirat kelak sehingga ditanya kepadanya tentang 4 perkara:…..masa mudanya, pada apa dia telah habiskan.” (HR Tirmizi)

Alhamdulillah


    بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
              Alhamdulillah,syukurku kepada yang Esa...masih lagi bernafas biarpun hari semalam mungkin hari terakhir buatku...terfikir sejenak,apa yang akan berlaku jika aku tidak diberi nyawa untukku bernafas,,cukupkah amalanku???...jasadku diterima ataupun tidak antara langit dan bumi???...ya Allah,kesempurnaanMu menjadi keagunganku..Subhannallah,,nikmat yang diberi tak pernah putus walaupun setiap detik kepada hambaNya...ya Allah,jauhilah aku dari azab api neraka,jauhilah aku dari maksiat...permudahkanlah urusanku untuk memperjuangkan agamaMu ini ya Allah,kuatkanlah imanku...berikanlah kebebasan kepada negara Islam...detikkanlah setiap niatku hanya keranaMu ya Allah...
Black Moustache
Widget-Animasi-Blog
In Team - Doa Seorang Kekasih