expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Isnin, 27 Mei 2013

Merenung setiap dosa yang ku lakukan


Assalamualaikum...

         Bagaimana iman kita hari ini?....tanya saja pada diri kita apa yang telah kita lakukan..soal yang sangat ringkas namun belum tentu seorang manusia mampu menjawab dengan gembira...kenapa?,,setiap apa yang kita lakukan lebih banyak tersasar jauh dari jalan Allah...

Pernah terdetik dihati yang hina ini,berapa banyak jasa yang telah ana lakukan kepada agama Islam??...sedangkan sebelum dilahirnya manusia ke bumi telah berjanji akan sentiasa taat dan patuh.....sungguh!!..ana mungkir janji,ya Allah...bagaimana keadaan ana,tempat ana disana kelak...bahagia atau derita.....sedangkan derita didunia tidak sanggup berhadapan....inikan pula di sana..

TanpaMu ku bukanlah seorang manusia yang boleh menikmati segala nikmat yang Engkau berikan...

Ya Allah,ampunkanku kerana selama ini fikiranku lebih kepada duniawi sedangkan akhirat menanti...walaupun hati ini sentiasa memerlukan seorang pedamping...ku tetap tabah menunggu yang terbaik hanya dariMu..sehebat mana ku berbicara soal dunia,hebat lagi pembicaraanMu diakhirat kelak,,menghitung amalanku...dan nasibku disana..

~*Dan ( Allah menerima pula taubat) tiga orang yang ditangguhkan (penerimaan taubat mereka) hingga apabila bumi yang luas ini (terasa) sempit kepada mereka (kerana mereka dipulaukan) dan hati mereka pula menjadi sempit (kerana menanggung dukacita), serta mereka yakin bahawa tidak ada tempat untuk mereka lari dari (kemurkaan) Allah melainkan (kembali bertaubat) kepadaNya; kemudian Allah (memberi taufiq serta) menerima taubat mereka supaya mereka kekal bertaubat. Sesungguhnya Allah Dialah Penerima taubat lagi Maha Mengasihani.

~*Sesungguhnya penerimaan taubat itu disanggup oleh Allah hanya bagi orang-orang yang melakukan kejahatan disebabkan (sifat) kejahilan kemudian mereka segera bertaubat, maka (dengan adanya dua sebab itu) mereka diterima Allah taubatnya; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.


=*jom sama-sama kita mencari jalan yang diredhai Allah....biarlah coretan ini menjadi pengubah haluan kita walaupun sedikit...untuk diri sendiri dan juga pembaca yang dirahmati Allah...*=



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Black Moustache
Widget-Animasi-Blog
In Team - Doa Seorang Kekasih