expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sabtu, 27 Disember 2014


Assalamualaikum....dah lama x update,Alhamdulillah,syukur Allah masih memberi nikmat buat diri ini untuk terus mencorak langkah ke arah yang lebih baik...hanya Allah yang MAHA Mengetahui segala sesuatu..kali ini ana nak cerita kisah hidup yang mungkin memberi kekuatan buat ana bahawa perancangan ALLAH itu tersangatlah indah buat hamba-hambaNYA..

Allah...Allah...bila mengimbas kembali saat kedegilan ana tidak mahu ambil STAM sangat kesal,..ana melanjutkan pengajian ana ke KITAB(kolej islam teknologi antarabangsa) di Penang,mengambil sijil intensif lughah arab dan inggeris...

Setelah beberapa bulan..result SPM pun keluar...Alhamdulillah result yang tidak membuatkn parents ana kecewa..ana minta UPU...tapi tidak dapat...ana cuba lagi utk RAYUAN UPU...Allah,sungguh diri ana diduga lagi..ana tak dapat mana2 U..pada waktu itu,parents ana mulai kecewa..Allah,anak mana yang sanggup melihat ibubapanya sedemikian rupa...dan ketika itu ana kumpulkan senyuman dan sembunyikan tangisan..hati kecil ana sangatlah sedih...sedih sangat2

suatu hari...ayah ana bagitahu,ada kawan dia boleh tolong masukkan ana ke UITM utk second intake..Allah,hanya Tuhan yang tahu...ana dalam bidang agama tidak mungkin mampu ke bidang yang tidak sejiwa..Allah menguji ana lagi...ana terima tawaran itu..utk jaga hati parents ana...

Dalam tempuh ana memikir akan bidang yang menanti ana dan komen2 sahabat ana membuatkan diri ana makin tidak yakin...dalam tempuh itu juga ana berserah segala2nya pada Allah,mungkin suatu ketika ada jalan keluar buat ana.dalam pada itu juga ana ada apply ke Jordan tapi gagal...Allah uji lagi.

ALHAMDULILLAH,..tidak terlintas di benak fikiran untuk sambung pengajian ke Indonesia,tetapi itulah dalam tempoh yang singkat..ana berdoa jika ini yang terbaik buat diri ana permudahkanlah urusan dan urusan ana juga dipermudahkan Allahu..Allah meletakkan rezeki ana disitu..mula2 parents ada tanya "kakak macam mna,nak pergi x?"....ana tak nak fikir panjang dan melukakan hati parents ana utk kebeberapa kali..ana jawab "kakak tak kesah,ikut mak dan ayah..kalau itu yang terbaik buat kakak"..beberapa kali parents tanya..namun itulah jawapan ana..lalu parents ana buat keputusan utk ana sambung ke Indonesia juga...Alhamdulillah,mungkin ini permulaan baru untuk ana setelah apa yang berlaku...mungkin orang lain tidak merasa apa yang ana rasa,tetapi sebagai anak sulung dan menjadi contoh kepada adik dan juga satu2nya harapan keluarga sangat perit untuk dipikul

ana mengambil bidang syariah seperti yang ana inginkan..Alhamdulillah,Allah MAHA PERANCANG LAGI BIJAKSANA....dan dalam beberapa minggu ana di Indonesia,ana melakukan satu perubahan,tapi x perlulah ana nukilkan disini,cukup doa dari sahabat untuk ana terus istiqomah dengan perubahan ana...itulah kisah yang ingin ana kongsikan walaupun kurang menarik tetapi menjadi suatu yang amat bermakna buat ana..

KESIMPULAN:jangan mudah mengalah disaat jatuh,bangkitlah utk diri dan ummah yang kian parah..mereka memerlukan kita...teringat satu kata2 ni "lahirnya kita pada zaman ini bukan untuk menjadi PENONTON kepada masalah ummah tetapi menjadi PENYELESAI kepada masalah ummah.

"Tidak demikian, bahkan siapa yg menyerahkan diri kepada Allah, sedang ia berbuat kebajikan, maka baginya pahala pada sìsi Allah Tuhannya, dan tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak pula mdreka bersedih hati."(surah Al-Baqarah:ayat 112)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Black Moustache
Widget-Animasi-Blog
In Team - Doa Seorang Kekasih